Tuesday, October 14, 2014

Kenapa Saya Memilih Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Alhamdulillah, post yang pertama. Seronoknya hari ini sebab saya nak berkongsi tentang kegembiraan saya memilih Shaklee.

Jika kita kaji pasaran suplemen dan produk-produk kesihatan di Malaysia dan serata dunia, kita memang tidak kurang pilihan. Pilih sahaja, yang murah, yang mahal, yang tengah-tengah, yang senang didapati, yang perlu preskripsi. Yang penting, MUDAH. Tinggal kita nak pilih samada kita nak beli yang mana.

Tapi kenapa saya dan beberapa juta pengguna lain di seluruh dunia memilih Shaklee ?

Tak kenal maka tak cinta. Kalau tidak kenal langsung tak parah mana pun. Yang parah, tak kenal, pura-pura kenal, konon-konon kenal. Jadi luangkan sedikit masa, untuk berkenalan. Kata omputih, get your facts right ;)

Shaklee Corporation adalah sebuah Syarikat Nutrisi yang bertapak di Amerika Syarikat. Diasaskan oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1956. Sebelum menubuhkan Shaklee Corporation Dr. Shaklee telah memformulasi Vitamin Vitalized yang pertama.




KENAPA SHAKLEE?

1. Saya tertarik dengan falsafah Shaklee ataupun 'The Shaklee Difference'.

Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat lebih panjang. Sebab itu Shaklee sentiasa memastikan produk mereka; Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Sentiasa Selamat (Always Safe)
  • Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar produk Shaklee.
  • Menjalankan lebih 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk kesan bahan pencemaran berbahaya.
  • Tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.
  • Tiada pewarna, tiada lemak trans, tiada pemanis tiruan.
  • 100% bahan semulajadi.

Sentiasa Berkesan (Always Works)
  • Pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  • Terdapat lebih 100 bahan kajian penerbitan hasil daripada kajian sains dan makmal Shaklee.
  • Kajian pada 2007 (the LandmarkStudy), membuktikan mereka yang mengambil Shaklee lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain atau yang tidak mengambil suplemen langsung.

Sentiasa Mesra Alam (Always Green)
  • Lebih 55 tahun Shaklee menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar.
  • Telah mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960.
  • Syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral Company.

Ok, bayangkan bahan-bahan semulajadi alam.Di proses oleh syarikat yang ada lebih 55 tahun pengalaman dengan piawaian penyelidikan bertaraf antarabangsa. Hurmm...ini produk kelas pertama :)

2. Pensijilan HALAL.

Ya. Bagi saya pensijilan HALAL adalah penting. Pensijilan HALAL bukan mudah, sebab saya sendiri terlibat dalam perniagaan penyediaan makanan. Jadi, saya tahu bagaimana pensijilan HALAL diberikan kepada mana-mana syarikat pengeluar makanan.
Ini produk USA, tapi masih lagi berupaya mendapatkan pensijilan HALAL daripada ISA atau Islamic Services of America yang mana badan pensijilan HALAL ini adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
Boleh rujuk website JAKIM di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf.




3. The Shaklee Effect.

Ya, saya adalah pengguna tegar Shaklee. Hampir setahun mengenali Shaklee, saya sudah mula mencintai produk ini. Kerana keberkesanannya. Saya juga seperti anda, pengguna yang mencari produk yang terbaik di pasaran, yang mampu milik dan berkesan untuk menjaga kesihatan diri. 

Dan saya sudah mula berkongsi kebaikan Shaklee dengan keluarga dan sahabat handai.

Anda pembaca di luar sana juga keluarga dan sahabat handai saya. Kerana itu saya berkongsi kebaikan Shaklee. 

This is not a paid advertisement. But I'm a real person like all of you, sharing with you the real effect of Shaklee's product. :)

Thanks for reading! :)

Sincerely;







Monday, October 13, 2014

Shafina Sahimi Menulis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, posting pertama di dalam blog 'Saya Nak Sihat'. Salam perkenalan dari saya. Siapa pun anda pembaca blog saya ini, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan anda dan saya. Amin :)

Serba sedikit tentang diri saya, nama saya Shafina Sahimi :) 

Berminat memulakan blog 'Saya Nak Sihat' sebagai medium perkongsian dengan pembaca-pembaca dan sahabat-sahabat di luar sana. Anywhere in the world :)

Saya mempunyai bisnis sebagai pengedar sah produk kesihatan Shaklee. Saya juga adalah pengamal Shaklee sudah hampir setahun, dan sedang menikmati keberkesanan produk Shaklee dengan izin Allah.

Saya berminat berkongsi pengalaman saya menggunakan Shaklee dan bagaimana saya menjadikan gaya hidup saya lebih sihat bersama Shaklee. Nutrisi yang baik adalah cuma fragmen kecil yang membantu dalam menjalani hidup yang sihat. Ada banyak lagi tips-tips gaya hidup sihat yang perlu kita terokai bersama :)

Gaya hidup yang sihat menjamin kualiti ibadah yang lebih baik.
Tubuh badan yang sihat adalah satu tanda kesyukuran kita pada tubuh yang dipinjamkan tuhan ini.
Sihat itu bahagia, sihat itu ceria.




Sincerely,
Shafina Sahimi.